Angin Yang Berlalu
(Khas untuk Tun Dr. Mahathir sempena persaraan Tun)
Sayup-sayup bermula
Tiupan angin selembut sutera
Menyusup ke nadi-nadi Malaysia
Lembutnya adalah cinta
Sejuknya adalah sedar.
Saban hari
Angin ini melilit dunia
Deruannya menyapa segala umat
Seruannya menggegar masyarakat
Dan tiada padah ia menyongsong kemajuan
Bangkitlah Malaysia yang kerdil
Dengan KLCC, dua puncak yang mencakar langit
Dengan KLIA yang menggabung benua
Dengan Putrajaya yang mentadbir negara
Dengan Proton yang mencipta kereta
Dengan MSC yang menjalin jaringan digital
Dengan Sepang F1 yang melumba dunia
Dan dalam masa dan waktu
Pengembaraannya menjadi daun-daun sejarah yang baru
Detik-detik yang letih tanpa pilu.
Sayup-sayup berakhir
Pengembaraan yang berpanjang 22 tahun
Angin sudah puas mengerah bakti
Songsongannya sudah berpahat di hati
Tibalah masa ia berhenti dan menyaksi.
Nukilan hati
Rymond Wong Teck Chiow
Sekolah Sri Cempaka Cheras
30/10/2003
MERRY CHRISTMAS
8 years ago
No comments:
Post a Comment